Tips Deko Rumah Apartment/ Flat Untuk Raya.

Tips Deko Rumah Apartment/ Flat Untuk Raya.

Ramai yang tinggal rumah jenis kondo, apartment dan flat. So ruang memang sempit dan macam mana nak deko untuk raya?

Ini caranya .

  • Cermin Sebagai Hiasan Dinding

Dengan meletakkan cermin di tempat-tempat yang strategik, kawasan kecil pun nampak besar. Anda boleh letak di bertentangan dengan tingkap rumah anda.

Dari rumah anda ada 2 tingkap, anda boleh dapat 4 tingkap. Lebih banyak cahaya ‘natural’ masuk.

  • Perkenalkan Ruang Tamu yang Menegak.

Dengan memperkenalkan unsur menegak di rumah anda, sudah tentu ia akan kelihatan lebih tinggi dan besar.

Cano? Paling mudah ialah menaikkan ketinggian langsir anda ke siling. Kalau ada duit lebih, bolehlah guna wallpaper bercorak menegak

  • Menggunakan Warna ‘Neutral’

Cara yang paling popular ialah penggunaan warna ‘neutral’ pada dinding dan perabot. Warna lembut juga cenderung untuk menerangi bilik dengan mencerminkan cahaya. Selain nampak lebih luas, warna ‘neutral’ jugak memberi rasa moden dan menenangkan.

  • Pemilihan Perabot dengan Penampilan Ringan

Anda nak membeli perabot baru? ini tips terbaik untuk anda. Reka bentuk yang perabot yang mempunyai penampilan yang besar dan berat, akan kelihatan menyempitkan dan memenuhkan ruang.

Leave a Reply


Sign up to our newsletter!